Monday, 29 July 2013

DINOSAUR!!! DINOSAUR!!! DINOSAUR!!! ( DI NO SORE ? )

Kalau rasa teringin hendak melihat kehidupan planet sebelum zaman pra-sejarah, tempat yang paling sesuai ialah dengan mengunjungi ekspo berkaitan kehidupan zaman itu. Hari ini saya terpanggil untuk mengimbas kembali posting saya bertajuk Khazanah Alam dan Sainifik yang menceritakan tentang ekspo dinosaur di Planetrium Negara 2011. Semasa di sana sebenarnya saya teringat ekspo yang sedemikian juga yang telah diadakan di Bangunan Yayasan Pahang, Kuantan pada 2009. Kami berkunjung ke sana pada petang 11.11.2009 dengan tujuan untuk mendedahkan kepada cucu-cucu yang masih bersekolah tentang haiwan zaman pra-sejarah ini. Mungkin pengetahuan itu boleh dijadikan bahan penulisan karangan dan  rujukan untuk pelajaran Sains / Biologi. Satu yang agak menakjubkan replika ciptaan dinosaur itu seperti gambaran realistik tentang haiwan tersebut dari segi bentuk fizikal, pergerakan dan perlakuannya, seperti filem rekaan barat itulah..... Jurasic Park kan? Di ekspo ini dipamerkan sekali sinopsis tentang setiap jenis haiwan berkenaan mengenai nama saintifiknya dll keterangan di papan info yang disediakan. Malang sekali saya tidak fokus pada papan info itu semasa merakam gambar dinosaur berkenaan. Tetapi masih bernasib baik kerana sempat merakam beberapa foto dinosaur yang menarik perhatian dan foto-foto itu masih tersimpan dalam album, seperti gambaran berikut :

Tumpuan bukan pada orang di dalam  foto itu ya, 
tetapi baner tentang persoalan 
" adakah dinosaur ibu bapa yang baik? "
Jawapannya juga tercatat tapi sayang tulisannya
kecil sehingga tidak jelas.jawapannya.

Saya pun sudah lupa jawapannya yang tepat.
Satu persoalan untuk difikirkan bersama ya.

Sejenis dinosaur dengan belakangnya yang tajam berduri.....
Kaji sendirilah namanya sebab saya terlupa dah!!!

Kelemahan teknik fotografi dalam balai pameran
 dengan suasana lampu yang agak malap 
menyebabkan foto kurang jelas...
( Kak Nah & Alia memberikan pose istimewa
di hadapan dinosaur.......... ) 


Gambaran dua ekor dinosaur sedang bergaduh.... 
gerun juga mendengar suaranya.....

Dinosaur berleher panjang...
Maaf tidak dicatit namanya seperti yang terdapat 

pada papan info dan keterangan mengenainya

Ini Dinosaur T - REX Hunter ..nampak pun garang...
scavenger....Rujuk baner di dinding tu.......

Dinosaur yang unik...  
ada bonggol semacam kipas di belakangnya

Papan info haiwan yang bermaklumat bagi pengunjung....

Ada kemudahan komputer disediakan untuk pengunjung 
menjawab persoalan tentang dinosaur dan membuat rujukan. 
Usaha yang dapat menarik perhatian pengunjung kanak-kanak
dan remaja terutama pelajar sekolah..............

Posing sebelah papan info mengenai dinosaur berkenaan
Kesimpulannya kedua-dua ekspo mengenai dinosaur memang bermanfaat bagi kita semua, terutama para pelajar. Kedua - dua ekspo di Kuantan dan Kuala Lumpur memang saling lengkap melengkapi dan memberi pendedahan tentang dinosaur yang pernah mendiami dunia ini......sayang telah pupus ya ........



No comments:

Post a Comment