Monday, 8 July 2013

LANGKAWI DAN TARIKANNYA...

Pemandangan laut dari Dataran Langkawi.......

Foto di depan Arca Burung Helang
( Langkawi dinamakan sempena nama burung ini
begitu juga dengan jata negerinya berlambangkannya)

Helang yang gagah ...
" Terbang kau helang tinggi
Sampai ke mana lagi... "
( Cebisan senikata lagu dendangan Dato' Sharifah Aini,
yang terlintas di ingatan )
Foto Mahsuri Tokoh Legenda Langkawi.
 Tokoh yang mati dibunuh dengan tikaman kerisnya sendiri
akibat fitnah dan cemburu buta seorang isteri......
Darah kesan tikaman yang mengalir dari tubuhnya berwarna putih.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau sempat bersumpah,
" Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan "
Kenyataannya Langkawi memang tidak maju sepanjang tempoh itu.
Selepas sumpahan itu berakhir barulah Langkawi mengalami
kemajuan seperti dilalui sekarang.
 Nota : Lain-lain foto tarikan seperti menaiki cable car, Waterworld Langkawi, pusat maritimnya dan kompleks makam Mahsuri belum dapat dipaparkan kerana masih di dalam album. Foto-foto di atas dirakam semasa cuti sekolah Jun 2011.

2 comments:

  1. Wah! Cukup cuti keluarga ini! Selamat menyambut Ramadhan, Cujafw. Selamat juga berpuasa. Semoga amalan kita diberkatiNya Ameeen.

    ReplyDelete
  2. Ada lagi kenangan bercuti dalam negeri yg hendak dipamerkan untuk tunjukkan keindahan negara kita yang tak kalah dgn negara luar macam Program Tahun Melawat Malaysialah katakan!! Ok Selamat Menyambut Ramadhan dan Berpuasa Zahir dan Batin.

    ReplyDelete