Saturday, 16 November 2013

MASA LALU YANG TAK TERLUPAKAN....

Bila bercerita tentang masa lalu, sudah tentu tidak akan dapat dielakkan cerita tentang alam
kanak-kanak sebab itulah permulaan kehidupan setiap manusia. Pengalaman masa kanak-kanak ada kalanya begitu sensasi dan sukar untuk dilupakan. Dalam ruangan ini saya ingin memaparkan pengalaman pahit yang kadang-kadang menggemparkan dan meresahkan sebagai tatapan semua pembaca. Ambillah iktibar daripada insiden-insiden berkenaan bak kata pepatah " Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan "

Insiden yang hendak diceritakan ini berkisar pada pengalaman kakakku sebagai kenangan anak cucu di masa-masa akan datang. Anggaplah ia satu pengalaman unik yang tidak semua orang diuji untuk melaluinya dan jadikan ia sebagai peristiwa yang mematangkan dan membentuk peribadi yang lebih seimbang.

Insiden-insiden yang ingin diceritakan ini berlaku sebelum dan semasa awal alam persekolahan di tahun-tahun 1955 - 1960an. Sudah menjadi tabiat setiap kanak-kanak menangis dan ada kalanya memberontak, jika keperluan dan kehendaknya tidak dipenuhi. Saya pun ingat-ingat lupa peristiwa ini maklum saja baru berumur sekitar 4 - 5 tahun. Jadi ada kisah yang saya ingat melalui cerita yang kakak sendiri kerapkali sampaikan semasa kami berkumpul adik beradik. Pada masa itu negara kita berada di ambang kemerdekaan. Kehidupan kanak-kanak pada masa itu memanglah tidak mewah terutama bagi golongan keluarga yang tinggal di luar bandar yang bergantung pendapatan pada kerja-kerja pertanian semata-mata. Itulah situasi yang kami alami. Datuk yang menjadi penjaga kami berdua selepas kematian arwah ayah pada tahun 1951 hanya bergantung kepada sumber pendapatan daripada kerja-kerja menoreh getah dan bertani yang pulangannya ketika itu tidaklah besar.

Adakah sesiapa yang mengalami pengalaman yang sama ? Ikutilah kisah seterusnya. Maaflah jika jalan cerita tidak begitu menarik hati pembaca sekelian ya......

Kisah 1 :  

Kakak pernah dikurung di rumah asap yang digunakan untuk mengeringkan getah keping sebelum dijual, yang terletak di belakang rumah. Rumah asap itu berdinding papan tegak beratapkan tak pasti daun nipah atau zink tanpa tingkap kecuali pintu  dan agak luas juga lebih kurang 10 x 12 kaki lebar. Ia berlantaikan tanah liat semata-mata. Di tengahnya digali satu lubang besar untuk meletakkan unggun api. Di atasnya bergantungan kepingan getah yang disidaikan di atas palang-palang kayu yang bertingkat-tingkat. Selepas lebih kurang 2 - 3 hari apabila sudah cukup kering / masak kepingan getah itu akan dikeluarkan dan dikumpulkan untuk dijual.  Pada hari berkenaan, saya tidak berapa pasti penyebabnya kakak dikurung dalam rumah itu yang kalau tak silap apinya telah dipadamkan kerana tiada lagi getah keping yang hendak dikeringkan. Tapi yang pasti ia dikurung kerana menangis berlanjutan sehingga membingitkan telinga ahli-ahli keluarga yang lain. Tangisannya tidak juga berhenti walaupun telah dikurung malahan semakin kuat menangis, tetapi dek kerana keletihan menangis akhirnya senyap sendiri. Masa inilah orang dewasa mulai gusar bimbang sesuatu yang buruk berlaku padanya. Apabila ditinjau rupanya dia tertidur kepenatan akibat menangis. Selepas dibangunkan dia dimandikan, diberi makan dan disuruh berehat ( ditidurkan ). Alhamdulillah.....

Kisah 2 :

Pada satu malam selepas waktu Maghrib kakakku telah dikurung di luar pintu rumah akibat menangis tidak berhenti-henti jua. Semakin kuatlah ia menangis kerana ketakutan dek kegelapan malam tanpa cahaya rembulan. Yang nampak hanya bayangan pokok-pokok yang bergoyang apabila ditiup angin. Minda kanak-kanak mulai menerawang memikirkan perkara-perkara yang menyeramkan. Maklumlah pada masa itu masyarakat Melayu memang masih lagi diselubungi dengan kepercayaan wujudnya benda-benda ghaib seperti hantu dan kerap menakutkan kanak-kanak yang berperangai kurang baik dengan berpura-pura / berlakon sebagai hantu dengan berselubungkan kain pelikat dan seumpamanya. Semakin kuatlah kakakku menangis mungkin membayangkan hantu semasa berada berseorangan di luar rumah. Oleh kerana tangisannya tidak berhenti jua dan bimbang sesuatu perkara buruk berlaku ibu saya telah membawanya masuk ke dalam rumah. Kakak pun berhenti menangis. Kasih ibu memang tidak boleh dipertikaikan. Senakal manapun anak tidak akan sampai hati membiarkan keseorangan menangis berpanjangan. Betullah kata-kata pepatah " kasih ayah semasa ada, kasih ibu sepanjang masa, kasih ibu membawa ke syurga ".

Kisah 3 :

Punca air untuk makan minum dan mandi zaman kami kecil-kecil dulu hanya perigi. Dengan menggunapakai tin biskut dan baldi aluminium ( ayan ) kami menimba air untuk diangkut ke atas rumah kayu bertiang atau ditakungkan di bilik mandi untuk kegunaan keluarga.  Biasanya kami yang kecil-kecil tidak dibenarkan bersendirian di bilik mandi yang mengepung telaga berkenaan bimbang ditimpa apa-apa musibah. Selalunya kami mandi manda bersama orang-orang dewasa. Pada satu hari hendak dijadikan cerita, kakakku yang agak degil masa berumur belasan tahun pada waktu tengahari pergi bersendirian ke telaga tanpa pengetahuan ibu untuk mandi. Masa dia menimba air perigi yang agak dalam juga pada masa itu, entah macamana kakinya telah tersangkut pada tali timba yang membelitnya dan menarik kakakku ke dalam perigi semasa timba dicampakkan ke bawah. Apa lagi tercungaplah dia dalam perigi itu. Bayangkanlah walaupun dia ada asas berenang di sungai tetapi perigi yang saiznya tidaklah besar, agak menyukarkannya untuk berenang atau mengapungkan diri sementelahan pula tidak begitu mahir berenang. Nasib baik arwah bapa saudara yang rumahnya berhampiran perigi tersebut mendengar bunyi sesuatu jatuh ke dalam air. Pada mulanya disangkakan buah kelapa atau  mungkin durian yang jatuh. Naluri orang dewasa yang berprasangka ada sesuatu tidak baik berlaku telah menyebabkan arwah bapa saudara menjenguk ke perigi dan sempat melihat kakak tercungap-cungap dalam air. Beliau pun dengan segera melaungkan insiden kakak jatuh ke dalam perigi itu. Serta merta seperti biasa berkerumunlah jiran tetangga dan saudara mara berhampiran rumah di sekeliling perigi tersebut untuk membantu menaikkan kakak yang sedang diselamatkan oleh bapa saudara yang telah turun ke dalam perigi. Sebenarnya perigi itu tidak dikelilingi oleh batu simen tetapi sekadar perigi tanah liat yang di tempat-tempat tertentu ditumbuhi pohon renek yang boleh dipautkan tangan di situ. Jadi mudahlah sikit kerja menyelamatkan kakak yang hampir tenggelam. Dengan menarik rambutnya yang agak panjang waktu itu, kakak didukung naik ke atas. Mungkin ada yang menurunkan tali panjang dan lebih kuat ( rasanya tidak mungkin tangga sebab perigi agak dalam dan belum ada tangga panjang atau berlipat yang boleh dipanjangkan ikut kesesuaian keadaan ) ke dalam perigi untuk memudahkan penyelamat membawa kakak yang hampir pengsan naik ke atas dan membantu arwah bapa saudara naik semula. Selepas diselamatkan kakakku melalui sesi pertolongan cemas bagi mengeluarkan air yang telah tertelan dengan cara menonggeng kepalanya ke bawah supaya air dapat keluar.. Dengan asas pertolongan cemas yang dimiliki oleh orang dewasa sedemikian  kakakku terselamat daripada lemas. Alhamdulillah.......

Kisah 4 :

Semasa bermain bersama rakannya di kebun ubi kayu di seberang jalan rumah kami, kakak masa remajanya hampir tertembak dek senapang patah milik arwah bapa saudara yang menyelamatkannya semasa jatuh perigi. Arwah bapa saudara tidak tahu mereka bermain di sana sebab tidak dimaklumkan oleh sesiapa pun. Arwah menyangka ada babi hutan yang menyondol pokok-pokok ubi kayu di kebun itu maklumlah persekitaran kampung masa itu dipenuhi semak samun. Nasib baik arwah hanya sempat mengacukan senapang tetapi tidak sempat membidiknya, kerana dinasihati oleh arwah nenek supaya meninjau dulu samada binatang atau manusia yang bergerak-gerak di kebun itu. Yang mencemaskan lagi kakak dan kawannya itu tidak sedar langsung keriuhan akibat perbuatan mereka sebaliknya asyik bermain di celah-celah pokok ubi yang agak padat juga tumbuhnya. Sebenarnya hikmah di sebalik kejadian itu ialah kita mesti berusaha mempastikan sesuatu benar-benar selamat sebelum mengambil apa-apa tindakan. Kita mestilah percaya bahawa dengan izin dan kehendak Allah swt jua segala kejadian akan menjadi mengikut kemahuanNya seperri ayat dalam Al-Quran yang saya ingat begini " Jika Aku mahu sesuatu menjadi, maka menjadilah ia ...." Berdoalah memohon kepada Allah swt kita dilindungi dan dirahmatiNya. Aminnn.....

Itulah antara beberapa insiden yang berkesan di jiwa dan tidak akan terlupakan oleh kami semua sehingga sekarang. Pengajaran yang terkandung di dalamnya memanglah banyak. Kita orang dewasa sepatutnya memahami jiwa kanak-kanak dan memenuhi tuntutan mereka secara berhemah. Anak-anak kecil perlu dipujuk dan dinasihati secara berhikmah apabila memberontak dan hukuman adalah sebagai langkah akhir untuk menyedarkannya daripada melakukan kesalahan serta mendisiplinkan mereka supaya patuh pada peraturan dan ajaran orang dewasa di masa-masa akan datang.  Didikan agama dan moral di samping kasih sayang amatlah penting diterapkan semenjak kanak-kanak masih kecil lagi bagi membolehkan mereka menjadi orang dewasa yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Seperkara lagi, untuk pengetahuan pembaca budiman sekelian, anak-anak generasi selepas kami tidak ada yang melalui insiden sedemikian. Perubahan masa membawa kehidupan yang lebih selesa dan asuhan yang terkawal dan terancang, memungkinkan insiden mendebarkan seperti itu tidak pernah berulang lagi. Selain daripada itu setiap manusia ada takdir dan nasibnya yang tersendiri yang unik atau khas untuk dirinya sahaja yang telah ditentukan Allah swt semenjak azali lagi. Sudah tentulah pengalaman kita masing-masing berbeza. Subhanallah.....

Demikianlah nukilan dan renungan di sebalik semua kejadian yang berlaku........

Saturday, 9 November 2013

PULANG....




Foto ini menggambarkan aktiviti dalam bas ketika perjalanan menuju Lapangan Terbang Beijing pada 27.10.2013 selepas selesai makan malam dan solat jamak di Restoren Padang pada 20.09. Kelihatan Hani memberikan ucapan dan menyanyi bersama anggota rombongan sebagai hiburan mengisi masa terluang. Antara persembahan nyanyiannya ialah lagu " Rasa Sayang Hei, Geylang Si Paku Geylang, lagu China "



                                            


Uztaz Tan Ibrahim dengan aktiviti nyanyian nasyid, pantun, doa dan ucapan balas ditujukan kepada tour guide.


Ini pula keadaan semasa menunggu pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Beijing mulai jam 20.58 selepas semua bagasi ditimbang dahulu bagi mempastikan tidak melebihi had berat 20 kg seorang. Jika terjadi demikian, kenalah menumpang kumpulan bagasi yang rendah timbangannya. Alhamdulillah semua bagasi anggota rombongan kami melepasi pemeriksaan mulai 1.00 pagi. Begitu juga dengan pemeriksaan Imigresen walaupun ada anggota yang diminta membuka tudung labuh, jaket dipakai, mengeluarkan payung dibawa dan sebagainya semasa pemeriksaan.

Dengan penerbangan Air Asia D7 317, kami terbang pulang jam 2.30 pagi pada 28.10.2013 dan tiba di LCCT Sepang lebih kurang jam 8.30 am. Alhamdulillah.



Selepas itu dengan bas East Coast Holidays kami bertolak balik ke Kuantan mulai jam 9.00 pagi. Dalam perjalanan balik kami singgah di R & R Temerloh untuk solat dan makan tengahari yang dibiayai oleh Puan Pengerusi Koperasi selaku ketua rombongan. Terima kasih. Kami tiba di rumah lebih kurang 4 petang dengan selamatnya. Alhamdulillah............Home Sweet Home......Yeh........


KEMBARAANKU DI BEIJING 4

 HARI 4 ( 27.10.2013, Ahad )

Selamat tinggal dan terima kasih pada hotel, kalau tak silap Tai Shun Business Hotel jam 8.13 am. Yang pandai membaca tulisan Bahasa China di papan tanda hotel itu betulkan sendirilah ya.  Kami bertolak selepas bersarapan di Restoren Halal di sebelah hotel tersebut yang setiap pagi dikunjungi mulai jam 6.30 - 7.30 am. Seperti cerita di posting terdahulu, kami terpaksa check out awal untuk meneruskan pengembaraan dan terus berangkat pulang selepas acara lawatan berakhir untuk menjimatkan masa perjalanan dan sebagainya.                                                                                                                                                         
Jam 9.05 am kami telah berada di Bilik Taklimat Fresh Water Pearl Centre di bangunan Kompleks Sukan, untuk mendengar penerangan yang diberikan oleh Manager yang masih muda belia bernama Yan Yu yang berumur sekitar 20 tahun.







Hjh Rubiah mengucapkan tahniah kepada Tuan Muda Yan Yu yang kebetulan pada hari itu sedang meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan ibu bapanya dan berjaya menyampaikan taklimat tentang Pearl ( Mutiara ) terutama cara-cara mengenali mutiara tulen dan palsu. Yang tulen apabila 2 biji mutiara digosok antara satu sama lain akan mengeluarkan rasa kasar dan debu sementara yang palsu tidak sedemikian.












Yan Yu menerangkan ada aneka warna pearl di kedainya iaitu putih, perang, kuning, hitam seperti yang di tangannya. Yang di sebelah tu pun menunjukkan minat.....















Posing beramai selepas puashati membeli dengan harga mampu beli....sekitar 11.04 am
Kak Nah sedang memperaga sesuatu di jarinya....Di dalam cermin aneka hiasan pearl.....










12.01 kami makan tengahari di Xinjiang Muslim Restaurant seperti cerita posting terdahulu.
Dalam perjalanan keluar restoren jam 12.26 sempat merakam gambar penjual pelbagai jenis makanan  kuaci matahari seperti depang / bepang.












Abidah sempat pula meneliti bunga yang ditanam di tepi jalan menghala restoren
Selepas Solat di Masjid Nan Dou Ya 13.20, kami bergambar bersama Tuan Imam "Ibrahim" berhampiran kotak derma amal jariah yang disediakan.
Jam 13.40 kami berada di Tea House untuk mendengar taklimat oleh Mindy tentang kehebatan minum teh kepada kesihatan dan kecantikan diri sambil menikmati pelbagai jenis teh China seperti berikut :

1. White Tea
2. Old Puerh Tea
3. Oriental Beauty ( The King Of Oolong Tea )
4. Jasmine Tea
5. Litchi Tea ( Black Tea )
6. Tian Qi Flower

                                                                          

Yang masih berbaki wang berbelanja sakan di sini.   Yang sudah tipis bekalan balik tanpa membawa apa-apa buah tangan dari sini.       Hu! Hu!Hu!                                                                            








Jam 14.30 kami bertolak ke Hong Qiao Pearl Market  di Tian Tan Lu Street yang papan tandanya ada tulisan rumi. Yang tidak mahu shopping lagi memutuskan berehat dalam bas yang diletak di kawasan parkir yang agak jauh daripada supermarket itu, sambil memerhatikan gelagat penduduk yang lalu lalang terutama pasangan muda mudi. Dato' Khatijah salah seorang peserta rombongan yang tertua, memberi pandangan bahawa pasangan sedemikian tidak ada yang menunjukkan perlakuan tidak bermoral sepanjang pemerhatian beliau yang kerap tinggal dalam bas semasa kami yang lain berurusan membeli belah atau bergambar di tempat bersejarah kerana masalah kesihatannya.

Kemudian kami ke Ya Show Clothing Supermarket dan berada di sana sekitar jam 17.00 hingga 18.00, tetapi tidak berbelanja pun kerana telah kehabisan " reserve money"  akibat perancangan money planner yang agak lemah. Hu! hu! hu! Lagi pun tiada yang sesuai untuk dibeli lagi. Satu yang ketara tiada tanda harga dilekatkan pun pada setiap produk jualan yang dipamerkan.

Akhir sekali kami singgah makan dan solat di Restoren Padang jam 19.03 seperti cerita dalam posting Menu Makanan Muslim Di Beijing.

Gambar di sebelah ini diambil jam 19.40 di restoren tersebut selepas makan dan bersiap sedia untuk bersembahyang. 

Waktu Solat Maghrib di Beijing hari itu ialah 18.22, Isya' 19.48. Memandangkan waktu Maghrib telah hampir luput kami pun memutuskan untuk Solat Jamak Ta'khir. Terngiang pula kata-kata ilmuan agama yang menyarankan sebaiknya makan dulu sebelum solat supaya solat lebih khusyuk. Entahlah. .Maaf bukan selayaknya saya menyebut peraturan tentang bab agama kerana bukan bidang saya.. sekadar pandangan sahaja.....







KEMBARAANKU DI BEIJING 3....

HARI  3 ( 26.10.2013, Sabtu )

Gambar diambil pada 10.22 pagi selepas mengunjungi International Medical Department Of The Beijing Tibetan Hospital seperti bangunan di bawah.









Di sini kami diberi rawatan herbal foot massage percuma oleh pelatih hospital berkenaan dan disarankan memberi sumbangan ikhlas selepas menerima khidmat berkenaan. Kemudian didiagnos penyakit masing-masing serta rawatannya oleh Doktor Tibet dengan disarankan membeli senarai ubatan herba yang boleh mencecah ratusan USD, ribuan Yuan @ RM. Bagi yang mampu membelilah dan yang bijaksana menolak dengan berhemah. Yang sebaiknya  berwaspada.

Selepas itu kami dibawa melawat Stadium Bird's Nest seperti kelihatan dalam gambar-gambar yang diambil mulai 11.03 ini.
Gambar diambil 11.06 menampakkan bayang-bayang menunjukkan matahari mulai mengeluarkan cahaya terang










Gambar diambil pada 11.19 menunjukkan bayang-bayang yang agak panjang
Gambar diambil 11.20 pagi. Masih terasa sejuknya  musim autumn terutama apabila berada di kawasan terbuka seperti ini











Tourist Guide Hani @ Tung Tan Lee yang memegang bendera menundukkan mata menghadap matahari mulai menegak. Selepas itu kami dibawa ke kedai berhampiran stadium yang menjual barangan seperti beg pakaian, alas meja, alas kusyen, cermin hiasan, pelbagai cenderahati seperti rantai kunci, magnet peti sejuk dll. Rombongan berada di sana agak lama kerana masih sibuk membeli belah kelengkapan untuk dibawa pulang.


Selepas makan tengahari kami dibawa ke kedai yang menjual produk buatan daripada bambu ( buluh ) yang sesuai digunakan untuk keperluan diri, kenderaan, peralatan dapur dan rumah seperti lap tangan, alat mencuci cermin dan kenderaan, kertas lap dapur, tuala dsbnya. Gambar di sebelah menunjukkan personel kedai sedang memberi taklimat dan demonstrasi penggunaan produk jam 14.52 petang di bilik taklimat kedai tersebut. Hj Zul
Timbalan Pengerusi Koperasi Guru Melayu Pahang Timur Berhad  dipilih menjadi model mencuba produknya.

Di dinding di belakang personel yang sedang memberi taklimatnya bergantungan produk hasilan campuran bahan bambu berkenaan. Selepas mendengar taklimat dan demonstrasi penggunaan produknya, seperti di lain-lain kedai sebelum ini kami pun meninjau ruang pameran produk dan membeli apa yang patut sebagai kenangan untuk dibawa pulang dan membuktikan kebenaran kata-katanya. Oleh kerana kebanyakan anggota rombongan sudah kehabisan bekalan Yuan, produk dibeli dibayar menggunakan Ringgit Malaysia.

Sebenarnya sepanjang perjalanan kami tidak menjumpai pun " Money Changer ". Ada masa terpaksa menggunakan jasa baik Hani untuk mendapatkan tukaran Yuan seperti berlaku pada hari sebelumnya.

Selepas membeli belah di kedai tersebut kami bergerak ke supermarket untuk meninjau jualan di sana pula.  Sayang tidak mengambil gambar pun kerana kamera hampir lemah baterinya. Kemudian kami makan malam dan balik ke hotel. Di bilik hotel kami menunaikan Solat Jamak Ta'khir Isya' Maghrib berpandukan arak kiblat yang tersedia oleh pihak berkenaan, kerana lebih selesa selepas seharian berjalan. Kemudian kami mengemas beg masing-masing sebab keesokan pagi kami akan terus check out dan meneruskan lawatan sebelum terbang pulang pada malamnya. Selamat malam....


Friday, 8 November 2013

KEMBARAANKU DI BEIJING 2

HARI 2 ( 25.10.2013, Jumaat )




Di mana ni? Mana lagi... tempat paling menarik bagi kaum wanita untuk membeli belah hiasan diri yang utama di Beijing. Apa lagi tak lain tak bukan " jade". Selepas diberi taklimat oleh petugas berkenaan berpusu-pusulah kami meninjau meja cermin yang mempamerkan hiasan berkenaan. Tengoklah tu penjual dan pemandu pelancong yang menjadi perantara sedang berurusan dengan Cikgu Safiah sementara Kak Nah tersenyum penuh erti.. Ini gambaran ketika berkunjung Ke Jade Shop jam 10.36 pagi...
Posing bersama wakil Al Quds " Iza " berbaju biru dan bertudung hitam, yang menyertai rombongan kami, di meja cermin cincin jade dll. Harga hiasan sekitar minima 100 Yuan hingga mencecah ribuan Yuan seperti di meja cermin lain...Ah! bawa Yuan " sebeg " baru puas hati membeli agaknya....
Sempat posing dekat meja cermin gelang jade jam 10.37, sementara yang lain dengan urusan masing-masing. Di sini pun harga assessori ada yang murah dan mahal.......









 














                                                               
Jam 11 pagi kami ke Crystal Shop terus meninjau cermin pameran hiasan tersebut. Foto di atas ialah bongkah kristal mentah dan bebola kristal yang dipamerkan. Maaf tidak ambil gambar assessori kristal yang  menarik berbentuk brooch, loket, cincin, gelang, kalung dsbnya. Sedia sahajalah Yuan @ USD @ RM @ Kad Kredit tanpa faedah semuanya ( jade dan kristal ) boleh dimiliki.
   
Mulai 13.37, kami telah berada di kawasan Great Wall Of China dan bersiap sedia untuk mendaki tangga-tangga yang banyak itu. Di samping itu sibuk bergambar dan mengambil gambar sana sini untuk kenangan berada di tempat bersejarah tersebut. Maklum seperti catatan di brosur agensi pelancongan kami " today is the highlight of our China Tour, the climbing of The Great Wall Of China which was first built in the warring states period 475 - 221 BC as a series of earthworks erected by individual kingdoms as a defence against each other as well as from invasions from the north. The present day wall was left from the Ming Dynasty "

Pemandu pelancong semasa perjalanan bas telah memberikan penerangan panjang lebar mengenai sejarah Great Wall ini sebagai salah satu tinggalan sejarah tersohor dunia. Sebenarnya Hani telah mengikuti pengajian jurusan Bahasa Indonesia selama 6 bulan di Universiti Beijing sehingga beliau begitu fasih bertutur Bahasa Melayu loghat Bahasa Indonesia.

Seterusnya lihatlah foto-foto yang sempat dirakam sebagai nostalgia bagi yang pernah berkunjung atau panduan bagi yang belum.        
                                                                       



Jam 14.32 kami mulai mendaki selepas bergambar beramai di tangga Great Wall seperti gambar di atas
Menyoroti pemandangan yang akan didaki. Puncak itu sebagai matlamat? Cita-cita besar..... kemampuan belum tahu.....hehehe.....








                             
Berusaha mendaki aras 1 hingga 2 Great Wall walau
dengan menyusuri dinding pun...











Berhenti sejenak untuk posing di hadapan gerai pakaian klasik maharaja zaman dahulu kala...
Rantai kunci-kunci yang diletakkan oleh pengunjung terutama golongan muda... tak pasti untuk apa.. tapi lebih kepada kepercayaan untuk melihat setakat mana panjangnya hubungan percintaan mereka sama ada berpeluang lagi datang bersama pasangan masing-masing di masa depan....
Great Wall yang betul-betul mengkagumkan merentasi kawasan berbukit tinggi.. Tidak terfikir bagaimana manusia zaman dahulu mampu membina pagar batu konkrit tanpa teknologi canggih seperti zaman kini................

Masya'Allah!! Subhanallah!! takjub dengan kudrat dan kemampuan orang-orang dahulu kala. Syukur dengan izin Allah swt semuanya boleh terjadi dan generasi manusia zaman kini dapat menikmatinya...
Sudut pandangan yang menarik perhatian juga. Gambar diambil sekitar 14.45 petang.








                                                                                 
         
Pemandangan gunung sekitar Great Wall yang indah tanpa tumbuhan semak samun seperti di negara Tropika.  
Dari kawasan atas Great Wall jelas kawasan letak kenderaan di bawahnya..
Bergambar di pejabat penganugerahan sijil juara mendaki Great Wall. Jadilah posing je selepas mendaki sehingga aras ketiga...

Kerja mendaki Great Wall ini memang mencabar terutama bagi warga emas terutama di aras yang tangganya agak curam dan tinggi kawasannya seperti di aras 4 dan seterusnya......Tapi ada anggota rombongan yang berjaya sehingga aras 6......



Gambar terakhir Great Wall ini diambil pada 15.26 sebelum bertolak ke destinasi seterusnya untuk mengunjungi Chinese Medicine Centre yang selesai dikunjungi sekitar jam 17.37 petang. Kemudian makan malam seperti biasa di Restoran China Muslim  dan membeli belah produk cenderamata seperti beg sulam, kotak pensil, fridge magnets, alas meja dsbnya yang didatangkan khas oleh Hani  ke hotel untuk memudahkan kami memilih dan membeli. Selepas itu masuk bilik untuk Solat Jamak Ta'khir dan berehat selepas kepenatan mendaki Great Wall Of China.



KEMBARAANKU DI BEIJING 1....

HARI 1 ( 24.10.2013 Khamis )

Kami tiba di hotel jam 1.30 pagi untuk berehat sebentar sebelum memulakan lawatan mulai 8 pagi.
Kaunter pendaftaran hotel

Tempat pertama dikunjungi ialah 
Tiananmen Square " the largest city 
square in the world bordered by the
Great Hall Of The People " mulai 
jam 10.13 pagi








Bergambar bersama rakan di dataran
berkenaan












Bergambar depan Forbidden City
Gambar beramai anggota rombongan, 10.47 pagi












oPemandangan pada jam 11.32 pagi























Bergambar bersama Tourist Guide Hani, 11.48 pagi










Bangunan Forbidden City yang gambarnya diambil pada 11.53 pagi mengikut brosur Al Quds Travel Sdn Bhd ialah " The Complex of Imperal Palace which was home of the emperors for over 500 years. Grand halls and courts gradually give way to more intimate domestic quarters giving an insight into the pampered isolation of the emperors "







 Lawatan ke Silk Shop 13.51 tengahari











Summer Palace 15.45 petang - " The largest Imperial Garden in China was first built in the Qing Emperor Qianlong's time in 1751 and burned down in 1860 by the French and British army and restored by the Dowager Empress Cixi for her own enjoyment. It became a favourite haunt of Cixi who preferred it to the Forbidden City and named it Yi He Yuan meaning the garden of health and harmony "













Daya tarikan replika anak itik besar
terapung di tasik, 15.57 petang



























Bergambar bersama petugas 
Masjid Chao Nei jam 17.30





























Menonton pertunjukan akrobatik19.31
Penonton dilarang mengambil gambar