Thursday 7 November 2013

MENU MAKANAN MUSLIM DI BEIJING...

24.10.2013 ( Khamis ) 12.53 , makan tengahari di Restoren Muslim..... ( maaf tak tahu nama )
seperti dalam gambar berikut. Antara menunya ikan siakap masak kicap, sayur kangkung, telur dadar, masakan tauhu berlada, daging goreng dimakan dengan nasi putih lembut dan wangi dengan minuman air suam / panas. 













Makan malamnya pada 17.47 di Restoren Muslim lain dengan menu antara yang boleh diingat nasi putih dimakan dengan goreng sayur, .masakan daging, udang / sotong, tauhu dengan minuman air suam juga, lebih kurang sama dengan menu makan tengahari.

 








Selepas makan malam kami ke Supermarket China Muslim berhampiran restoren di atas. Semasa berjalan meninjau keperluan makanan ringan, saya tertarik dengan jualan sate buah asam macam prune bersalutkan coklat cair yang dijual di situ tetapi tidak dibeli. Susunannya seperti bunga pahar majlis persandingan masyarakat Melayu memang menarik perhatian ramai pengunjung tempatan termasuk kami semua.

Pada 25.10.2013 ( Jumaat ) jam 12.30 kami makan tengahari di Restoren Muslim .........( ? ) dengan menu seperti dalam gambar. Antaranya nasi putih dengan masakan rebus sayur campuran kobis & bunga kobis, ubi kentang goreng, daging goreng dll, Hidangan minuman masih air panas.


Pada 26.10.2013 ( Sabtu ) makan tengahari di restoren hari pertama. Malamnya kami dibawa makan di Restoren China Muslim berhampiran kawasan Festival Makanan yang turut disertai oleh negara kita Malaysia yang telah berakhir pada petang itu. Sayang menu makanan tidak sempat diambil gambarnya. Lapar! Hehehe......

Pada 27.10.2013  ( Ahad ), 12.01 kami makan tengahari di Xinjiang Muslim Restaurant ( kalau tak silap keturunan China - Arab Yaman ) yang dindingnya berhiaskan lukisan mural pemandangan di padang pasir. Sayangnya saya tidak sempat juga mengambil fotonya kerana sibuk mengambil gambar lukisan seperti di bawah. Di sini kami dijamu dengan minuman air suam dan juga teh panas, kalau tak silap, kelainan daripada yang sebelumnya.

Gambar pemandu pelancong kami " Hany ".
Nama sebenar tak ingat sebab tak dicatit
Lukisan Mural pemandangan padang pasir yang menarik
Pada malamnya jam 17.03, kami makan di Restoren Padang yang diusahakan oleh pengusaha bangsa Indonesia yang telah bermastautin di Beijing. Restoren ini unik kerana di satu sudutnya terdapat astaka pelamin pengantin Indonesia yang sarat dengan hiasan asessori renda dan sulaman kelingkan dll seperti foto di bawah.


Menu masakannya adalah mengikut selera masyarakat kita selaras dengan citarasa bangsa serumpun. Fotonya pun tidak diambil memandangkan sudah lapar sehingga tidak sempat merakamkannya. Hehehe! Lain sebab kerana pencahayaan restoren ini agak malap dengan lampu neon sehingga foto-foto yang diambil pun agak gelap seperti di bawah.

Sedang dan sudah makan
Yang masih makan kerana Solat Maghrib
dahulu di Bilik Solat Restoren ikut giliran

Selepas makan malam kami menunaikan Solat Jamak Ta'khir Isya' Maghrib di ruang solat terbuka restoren berkenaan bergilir-gilir dengan jemaah lelaki yang kebetulan tidak begitu ramai. Walaupun begitu sebahagian jemaah perempuan terpaksa sembahyang di stor restoren yang segera diubahsuai menjadi bilik solat sementara, memandangkan selepas itu kami akan segera bertolak ke Lapangan Terbang Beijing untuk penerbangan balik ke Malaysia jam 1.00 pagi 28.10.2013. Cadangan awal untuk bersolat di lapangan terbang seperti amalan biasa dilakukan di Lapangan Terbang Jeddah selepas mengerjakan Haji atau Umrah terpaksa dibatalkan kerana menjangkakan tiada tempat yang sesuai untuk berbuat demikian, kesukaran mengambil wudhuk dan bimbang kelewatan. Alangkah eloknya jika semua lapangan terbang antarabangsa menyediakan bilik solat bagi penganut agama Islam walaupun mereka bukan negara Islam. ( Pandangan yang mustahil atau angan-angan Mat Jenin saja? Entahlah! )









2 comments:

  1. Mesti ada surau untuk solat di Lapangan Terbang Beijing nanti memandangkan ramai pelancong dari negara Islam Di Lapangan Korea, ada surau tapi tempat berwudhu tak ada. Dalam menu makanan masyarakat China di China, memang tidak disediakan air sirap tetapi hanya air suam/sejuk dan boleh minta teh China untuk bakar lemak-lemak dalam badan. Hi Hi... dan kalau diperhatikan, menu telur dadar mesti ada. Kalau di tempat kita, menu itu disediakan kalau tak ada lauk lain. Sambung lagi pengkisahan kenangan ku di Beijing.

    ReplyDelete
  2. Alangkah baiknya klu ada surau lengkap dgn tpt wudhuknya spya tak perlu guna air di sinki toilet spti di Restoren Padang tu. Insya'Allah akan sambung lagi..byk cerita lagi ni..tunggu ya.. tk kerana setia mengikutinya...

    ReplyDelete