Monday 4 November 2013

KOLEKSI TERBARU PERPUSTAKAANKU....

Saya teruja untuk mempamerkan koleksi teks terbaru perpustakaan rumahku ( tersimpan dalam beberapa almari ) yang menarik perhatian sekilas pandang tajuknya pun. Teks berkenaan baru sempat dibaca secara " scanning " dek kesibukan keutamaan-keutamaan lain yang lebih "urgent". Entah bila boleh dibaca secara " skimming " Allah sajalah yang menentukan walaupun ada perancangan untuk membaca satu persatu mengikut turutan yang sesuai. Lihat saja tajuknya, menarik kan! Jelas ciri kesusasteraannya....


Buku SEJERNIH SINAR MATAMU oleh PROF DR MUHAYA BT HJ MOHAMAD merangsang pemikiran dan muhasabah diri yang mengesan di jiwa. Baru menyudahbacakan 3 daripada 13 babnya yang berkaitan dengan konsep " Reset Minda ". Jika ada yang menonton program TV Reset Minda tentu mengenali tokoh ini, memahami konsep tersebut dan tertarik untuk mengetahui selanjutnya seperti yang saya alami sekarang. Program TV tersebut pada pendapat saya memang sesuai untuk ditonton oleh semua golongan, begitu juga dengan buku ini.

Lihat pula buku-buku berikut yang tajuknya sendiri mengimbau kita untuk membaca dengan lebih mendalam bagi mengetahui kandungannya. Sepintas lalu tajuknya menggambarkan tentang insan yang diuji Allah dengan pelbagai pancaroba hidup dan merindui Baitullah, ingin mengunjunginya dan berdoa semoga Allah menerima semua amalan dan dirinya. Buku-buku tersebut terutama tajuk berkaitan Baitullah mengandungi pedoman bagi yang ingin mengerjakan Haji atau Umrah. Buku Tuhan Menguji Kita pula adalah gambaran perjalanan hidup insan di alam fana ini yang tak sunyi daripada ujian baik yang membahagiakan / menyenangkan mahupun kesulitan yang kerapkali dianggap sebagai musibah / masalah. Di sebalik itu semua kita kadang-kadang lupa ada hikmah yang tersirat atau yang tersembunyi. Renung-renungkanlah jika berkesempatan memiliki dan membaca buku-buku berkenaan......


Apabila dirangkaikan buku-buku tersebut seolah-olah satu cerita atau babak drama yang menarik. Betul tak ? Sama-samalah kita fikirkan...



Demikianlah pemaparan saya sekadar promosi bukan iklan atau ulasan buku. InsyaAllah jika berkesempatan akan ditulis ringkasannya dan pandangan lebih mendalam setelah usai membaca semua buku berkenaan di masa-masa akan datang..Tunggu ya.....Semoga Allah merestui dan merahmati usaha serta mengampuni dosa-dosa kita semua..... Amiinn...........

2 comments:

  1. Selamat menyambut Maal Hijrah 1435H, Cuja. Saya dah selamat baca buku Prof Dr Muhaya. Wah, Cuja ada perpustakaan ye. Macam mana nak jadi ahli? Hi Hi Hi...

    ReplyDelete
  2. Syabas selesai membaca buku Prof tu! Tahu sendiri jalan ceritanya memang lebih mengujakan berbanding dgn mendengar / membaca sinopsisnya kan. Perpustakaan rumah tu tiada Katalog Sistem Dewey pun tidak spti yg terdpt di Pusat Sumber Sekolah dll - berdasarkan ingatan je sbb buku pun tak byk tak perlu katalog. Klu jadi ahli pula tentu kenakan yuran & denda lewat pulang / hilang / rosak buku... Hi! hi! hi!

    ReplyDelete