Thursday 7 November 2013

TERBANG KE BEIJING...

Saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah mengizinkan saya dan Kak Nah menyertai rombongan lawatan pelancongan kelolaan Koperasi Guru-Guru Melayu Pahang Timur Berhad yang diketuai oleh Hjh Rubiah bt Hj Sidin mulai 23 hingga 28 Oktober 2013 yang lalu. Kami berdua dengan 27 anggota lain termasuk sahabat karib Hjh Abidah dan Hjh Safiah mengikuti pakej pelancongan Al Quds Travel Sdn Bhd bertema " Beijing Muslim Tour 5D4N "

Rombongan kami bertolak dari pejabat koperasi di Jalan Darat Makbar Kuantan dengan bas 
jam 9 pagi hari Rabu dan sampai di LCCT lebih kurang jam 3 petang. Selepas urusan pemeriksaan bagasi dan Imigresen mulai jam 4 petang kami terbang ke Beijing jam 7 malam dengan penerbangan Air Asia D7 316 dan tiba di Peking keesokan harinya jam 1.30 pagi.

Sebelum bertolak ke LCCT semasa menyemak hand luggage Kak Nah menyedari bahawa dia telah tertinggal jaket di rumah. Nasib baik masih sempat menelefon anaknya untuk menghantar jaket tersebut ke perhentian bas depan SEMSAS untuk dikutip semasa bas melalui jalan berkenaan. Terima kasih kepada pemandu bas yang bersedia bertolak ansur untuk mengikut laluan berkenaan. Jika tidak terpaksalah membeli  jaket baru dan jika tidak sesuai kesejukanlah. Alhamdulillah Allah mengizinkan dan mempermudahkan semua urusan. Pengajarannya kita sentiasa mesti beringat dan membuat persiapan rapi sebelum berangkat ke mana sahaja. Sebenarnya ini kejadian pertama dan kebetulan berlaku ke atasnya. Insiden seperti tersebut kalau boleh memanglah kita hendak mengelakkan dan menjauhinya. 

Antara anggota rombongan sewaktu tiba di LCCT Sepang
dengan bagasi masing-masing
Kedua beg tidak melebihi had berat
ditentukan pihak agen pelancongan.
Waspada mengelakkan denda.
Bagasi kami berdua di atas troli.
 1 beg & 1 hand luggage pemberian travelling agent.

Foto barang larangan dibawa naik pesawat diambil sebelum pemeriksaan bagasi sebagai panduan keselamatan semua penumpang yang mesti dipatuhi oleh semua pengguna penerbangan udara demi kelancaran urusan pemeriksaan penerbangan mereka.

Setakat ini dahulu penceritaannya. Akan bersambung dengan lain-lain aspek berkaitan dengan pengembaraan berkenaan di masa lain. Insya'Allah. Dalam pesawat tidak mengambil foto sebab tak pasti dibenarkan. Lagi pun tidak kesempatan kerana kepenatan langsung tertidur, kalau berjaga pun untuk menjamu selera dengan nasi lemak yang ditempah oleh travel agensi. Tambahan pula tempat duduk di alley pesawat, jadi tiada yang menarik untuk dilihat kecuali bahan bacaan yang dibekalkan oleh pihak penerbangan atau yang kita bawa sendiri. He....he...he...

No comments:

Post a Comment