Friday 8 November 2013

KEMBARAANKU DI BEIJING 2

HARI 2 ( 25.10.2013, Jumaat )




Di mana ni? Mana lagi... tempat paling menarik bagi kaum wanita untuk membeli belah hiasan diri yang utama di Beijing. Apa lagi tak lain tak bukan " jade". Selepas diberi taklimat oleh petugas berkenaan berpusu-pusulah kami meninjau meja cermin yang mempamerkan hiasan berkenaan. Tengoklah tu penjual dan pemandu pelancong yang menjadi perantara sedang berurusan dengan Cikgu Safiah sementara Kak Nah tersenyum penuh erti.. Ini gambaran ketika berkunjung Ke Jade Shop jam 10.36 pagi...
Posing bersama wakil Al Quds " Iza " berbaju biru dan bertudung hitam, yang menyertai rombongan kami, di meja cermin cincin jade dll. Harga hiasan sekitar minima 100 Yuan hingga mencecah ribuan Yuan seperti di meja cermin lain...Ah! bawa Yuan " sebeg " baru puas hati membeli agaknya....
Sempat posing dekat meja cermin gelang jade jam 10.37, sementara yang lain dengan urusan masing-masing. Di sini pun harga assessori ada yang murah dan mahal.......









 














                                                               
Jam 11 pagi kami ke Crystal Shop terus meninjau cermin pameran hiasan tersebut. Foto di atas ialah bongkah kristal mentah dan bebola kristal yang dipamerkan. Maaf tidak ambil gambar assessori kristal yang  menarik berbentuk brooch, loket, cincin, gelang, kalung dsbnya. Sedia sahajalah Yuan @ USD @ RM @ Kad Kredit tanpa faedah semuanya ( jade dan kristal ) boleh dimiliki.
   
Mulai 13.37, kami telah berada di kawasan Great Wall Of China dan bersiap sedia untuk mendaki tangga-tangga yang banyak itu. Di samping itu sibuk bergambar dan mengambil gambar sana sini untuk kenangan berada di tempat bersejarah tersebut. Maklum seperti catatan di brosur agensi pelancongan kami " today is the highlight of our China Tour, the climbing of The Great Wall Of China which was first built in the warring states period 475 - 221 BC as a series of earthworks erected by individual kingdoms as a defence against each other as well as from invasions from the north. The present day wall was left from the Ming Dynasty "

Pemandu pelancong semasa perjalanan bas telah memberikan penerangan panjang lebar mengenai sejarah Great Wall ini sebagai salah satu tinggalan sejarah tersohor dunia. Sebenarnya Hani telah mengikuti pengajian jurusan Bahasa Indonesia selama 6 bulan di Universiti Beijing sehingga beliau begitu fasih bertutur Bahasa Melayu loghat Bahasa Indonesia.

Seterusnya lihatlah foto-foto yang sempat dirakam sebagai nostalgia bagi yang pernah berkunjung atau panduan bagi yang belum.        
                                                                       



Jam 14.32 kami mulai mendaki selepas bergambar beramai di tangga Great Wall seperti gambar di atas
Menyoroti pemandangan yang akan didaki. Puncak itu sebagai matlamat? Cita-cita besar..... kemampuan belum tahu.....hehehe.....








                             
Berusaha mendaki aras 1 hingga 2 Great Wall walau
dengan menyusuri dinding pun...











Berhenti sejenak untuk posing di hadapan gerai pakaian klasik maharaja zaman dahulu kala...
Rantai kunci-kunci yang diletakkan oleh pengunjung terutama golongan muda... tak pasti untuk apa.. tapi lebih kepada kepercayaan untuk melihat setakat mana panjangnya hubungan percintaan mereka sama ada berpeluang lagi datang bersama pasangan masing-masing di masa depan....
Great Wall yang betul-betul mengkagumkan merentasi kawasan berbukit tinggi.. Tidak terfikir bagaimana manusia zaman dahulu mampu membina pagar batu konkrit tanpa teknologi canggih seperti zaman kini................

Masya'Allah!! Subhanallah!! takjub dengan kudrat dan kemampuan orang-orang dahulu kala. Syukur dengan izin Allah swt semuanya boleh terjadi dan generasi manusia zaman kini dapat menikmatinya...
Sudut pandangan yang menarik perhatian juga. Gambar diambil sekitar 14.45 petang.








                                                                                 
         
Pemandangan gunung sekitar Great Wall yang indah tanpa tumbuhan semak samun seperti di negara Tropika.  
Dari kawasan atas Great Wall jelas kawasan letak kenderaan di bawahnya..
Bergambar di pejabat penganugerahan sijil juara mendaki Great Wall. Jadilah posing je selepas mendaki sehingga aras ketiga...

Kerja mendaki Great Wall ini memang mencabar terutama bagi warga emas terutama di aras yang tangganya agak curam dan tinggi kawasannya seperti di aras 4 dan seterusnya......Tapi ada anggota rombongan yang berjaya sehingga aras 6......



Gambar terakhir Great Wall ini diambil pada 15.26 sebelum bertolak ke destinasi seterusnya untuk mengunjungi Chinese Medicine Centre yang selesai dikunjungi sekitar jam 17.37 petang. Kemudian makan malam seperti biasa di Restoran China Muslim  dan membeli belah produk cenderamata seperti beg sulam, kotak pensil, fridge magnets, alas meja dsbnya yang didatangkan khas oleh Hani  ke hotel untuk memudahkan kami memilih dan membeli. Selepas itu masuk bilik untuk Solat Jamak Ta'khir dan berehat selepas kepenatan mendaki Great Wall Of China.



2 comments:

  1. So you have climbed part of The Great Wall of China, one of the Seven Wonders in the World. Congratulations!

    ReplyDelete
  2. Tq. Very challenging and interesting. Not so tiring because we can always stop for a while on the way accordingly...Congrats to you too during your venture there before....

    ReplyDelete