Tuesday 5 November 2013

GELAGAT SI KECIL ZARA - ZARA...


Ini cerita tentang anak-anak sepupu yang kebetulan dilahirkan hampir sama tarikh pada tahun ini dan dinamakan dengan pangkal nama yang sama iaitu Zara Adeena dan Zara Safia.. Walaupun mereka berdua dilahirkan di Kuala Lumpur ( hospitalnya lain-lain ) tetapi tiada pakatan untuk menamakan sedemikian. Ayah-ayah mereka bersaudara sepupu, jadi mereka berdua bersaudara dua pupu. 


Di bawah ialah foto-foto mereka yang diambil pada majlis Aqiqah Zara Adeena di rumah neneknya di Lorong Pandan Damai 2 /12 Taman Tas Damai Kuantan pada 19.10.2013 yang lepas.

Foto-foto di bawah menunjukkan gambaran gelagat mereka masing-masing yang dirakam selepas selesai acara majlis Aqiqah berkenaan.

Zara Safia di depan kiri ( berbaju biru )
Zara Adeena di belakang kanan ( berbaju purple )

Zara Adeena cuba merangkak sementara
Zara Safia masih meniarap
 
Zara Adeena asyik memandang seseorang di depannya.
Zara Safia lebih senang meniarap
Kedua-duanya posing depan kamera
dengan wajah tersenyum manis.
Keduanya posing bersama.
Zara Adeena sudah bertukar baju berwarna merah jambu
Kedua-duanya leka memerhati boneka beruang

Zara Adeena cuba mencapai boneka beruang
Zara Safia memerhatikan.
Giliran Zara Safia pula cuba memegang boneka
diperhatikan oleh Zara Adeena sambil tertawa
Kedua-duanya meniarap berdepan
satu sama lain sambil asyik memerhati sesuatu

Apa yang mereka fikirkan ?
Kedua-duanya nampak gembira seolah-olah sedang
bercerita tentang boneka beruang tersebut
Itulah gelagat yang menghiburkan hati orang dewasa yang biasanya teruja sehingga mengarang kata-kata yang mungkin bayi-bayi kecil seperti kedua-duanya luahkan. Memang semua ibu bapa atau orang dewasa seharusnya memahami bahasa bayi masing-masing melalui gerak badan dan tingkahlaku yang mereka tonjolkan sementelahan mereka belum pandai bertutur lagi. Agaknya semua bayi mengucapkan " Sayangilah kami, peliharalah kami, didiklah kami " Sementara ibu bapa sentiasa mengucapkan " Jadilah anak yang baik,  pandai, soleha dan  berbakti kepada ibu bapa " dll. 

Semoga kedua-dua Zara membesar dengan baik menjadi anak gadis yang berakhlak mulia, bersopan santun, terdidik dengan ilmu duniawi dan akhirat yang sempurna dan dapat menjadi kebanggaan ibu bapa, kaum keluarga, bangsa, agama dan negara apabila dewasa kelak.
Diharap hubungan persaudaraan mereka sentiasa terjalin erat. Insya'Allah.......

Nota : Sepupu-sepupuku " Atan " dan " Ijad " diharap gembira membaca cerita kedua-dua anak masing-masing. Sudah tentu tiada bantahan untuk gambar kedua mereka dimuatkan dalam blog ini ya. Terima kasih. Suka mengambil gambar dan mengarang cerita berkenaan mereka sebagai kenangan setelah mereka membesar nanti.






3 comments:

  1. Macam kembar aje! Zara-Zara comel n tentu mereka berterima kasih kepada cuja atas posting ini.

    ReplyDelete
  2. Ya kembar tak seiras. Insya'Allah. Harap mereka gembira & bahagia. Dlm keluarga samada terancang @ kebetulan byk nama sama huruf awal @ salah satu perkataan jika berangkaian 2. Macam Nek Lang & Nek Ngah mula dgn huruf N. Itulah keunikan keluarga & pilihan ibu bapa masing2. Saja timbulkan ini buat renungan bersama. He..he...he....

    ReplyDelete